Seorang kerani sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Y. Kumaresan, 36, dari Gelugor, Pulau Pinang didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Asri dengan niat untuk menyebabkan cedera parah dengan cara: "akan punch (tumbuk) mulut you (awak) sampai masuk wad'.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah alamat di daerah Padang Besar kira-kira 6 petang, pada 1 Mei lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Kumaresan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Majistret Norhayati Ibrahim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 17 Mei ini untuk serahan dokumen dan pelantikan peguam bagi mewakili tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Hajar Ahmad bertindak sebagai peguam sementara mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2019
Tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Asri (gambar) dengan niat untuk menyebabkan cedera parah. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Isu dos penggalak vaksin COVID-19, jangan 'pukul rata' - MB Perak
Rakyat dinasihatkan mengikut saranan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pengambilan dos vaksin itu.
Biarlah dia menyumbang, tiada isu pun bukan Muslim bayar zakat - Dr Maza
Ada komen netizen yang menganggap perbuatan itu sia-sia dan tidak perlu memandangkan zakat adalah untuk orang Islam dan orang bukan Islam tidak seharusnya turut terlibat.
[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
Bagi Dr. Mohd Asri kiraanya sudah jelas untuk hukum hakam agama Allah ini dalam menentukan daerah keimanan mereka berdasarkan apa yang telah dilakukan.
Kes COVID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan
Katanya ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.
Mufti Perlis sokong Muhyiddin sebagai PM kerana sah dari segi Perlembagaan
Mohd Asri berkata siapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
"Jangan bahayakan orang lain, buatlah pemeriksaan," rayu Dr Maza kepada jemaah tabligh
Dr Asri berkata, beliau dimaklumkan terdapat kalangan jemaah tabligh yang menyertai himpunan di Sri Petaling masih belum melakukan pemeriksaan.
Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.
Suspek terakhir kes bakar kereta Mufti Perlis ditahan
Seorang lelaki yang juga suspek terakhir kes bakar kenderaan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Mac lalu ditahan dalam satu serbuan di Kuala Ketil, Kedah pada pagi Sabtu.