awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta api Bukit Bendera dibuka kepada penduduk, pendaki mulai Sabtu

Bernama
Bernama
03/06/2020
21:19 MYT
Kereta api Bukit Bendera dibuka kepada penduduk, pendaki mulai Sabtu
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan dibuka semula mulai Sabtu ini (6 Jun) selaras dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang yang membenarkan pembukaan semula taman-taman rekreasi di negeri itu. -Gambar fail
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan dibuka semula mulai Sabtu ini (6 Jun) selaras dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang yang membenarkan pembukaan semula taman-taman rekreasi di negeri ini pada hari itu.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bagaimanapun, perkhidmatan itu hanya untuk kegunaan penduduk, pekerja dan pendaki sahaja manakala pengunjung lain perlu menunggu sehingga pengumuman selanjutnya oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Perkhidmatan kereta api funikular akan beroperasi setiap satu jam dari pukul 7.00 pagi dan seterusnya manakala perkhidmatan terakhir dari Stesen Atas adalah pada 7.00 malam.
"Para pendaki yang mendaki menerusi Laluan Warisan (Heritage Trail) disaran untuk mendaftar melalui PGCARE di Stesen Bawah Bukit Bendera untuk tujuan pengesanan kontak dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan PBBPP," menurut kenyataan itu.
Berikutan perkhidmatan kereta api funikular tidak beroperasi dengan kapasiti maksimum selaras dengan SOP, tiada perkhidmatan kereta api di substesen disediakan kepada pendaki sebaliknya hanya perkhidmatan untuk turun serta naik di Stesen Tengah disediakan untuk pendaki.
SOP untuk norma baharu itu akan dikemas kini menerusi laman Facebook rasmi PBBPP dan orang ramai boleh menghubungi talian 04-828 8880 atau e-mel ke [email protected] untuk maklumat terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#kereta api funikular
#Laluan Warisan
#PBBPP
#Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang
#Stesen Atas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan