Lapan puluh sembilan daripada lebih 500 pelancong yang terkandas selepas kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami masalah teknikal petang tadi selamat tiba di stesen di Oriental Village di sini kira-kira 9.30 malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin berkata 89 pelancong itu terkandas dalam kereta kabel apabila sistem mengalami kerosakan kira-kira 5.48 petang tadi.
"Tiga lagi kereta kabel membawa 18 pelancong sedang bergerak ke bawah selepas tersangkut kira-kira empat jam antara "middle station" dan base station," kata beliau kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata pasukan teknikal Panorama Langkawi Sdn Bhd, anak syarikat LADA dan pengendali sistem kereta kabel itu, terpaksa menggunakan usaha secara manual untuk menggerakkan sistem bagi kereta kabel tersebut turun ke base station.
"Pasukan teknikal mengandungi 12 orang bersama dua anggota bomba dan penyelamat telah berada di middle station untuk menggantikan sistem yang gagal berfungsi yang menjadi punca sistem itu mengalami kerosakan," kata beliau.
--BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2018
Pasukan teknikel terpaska menggunakan usaha secara manual bagi menggerakkan kereta kabel turun ke base station. - Foto Twitter/@bombaJBPM
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Lima juta pelancong dijangka kunjungi Langkawi pada 2020
Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2020 hasil penganjuran Travel Mart 2018.
Kereta kabel terkandas: 89 pelancong selamat dibawa turun
Pasukan teknikel terpaska menggunakan usaha secara manual bagi menggerakkan kereta kabel turun ke base station.
Perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' dijangka diperluas ke Pulau Pinang
Pulau Pinang mempunyai potensi untuk diadakan perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong.