awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar awal pagi Jumaat

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2019
03:04 MYT
Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar awal pagi Jumaat
Keadaan bahagian enjin kereta rasmi Mufti Perlis yang dibakar pada awal pagi Jumaat. - Gambar media sosial
Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin musnah disyaki dibakar pihak tertentu di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, awal pagi Jumaat.
Bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam itu terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 5.45 pagi itu.
Laporan Utusan Online menyebut, turut terbakar tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu manakala cermin belakang dan depan turut pecah.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd., pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 6 pagi.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.
“Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Noor Mushar berkata, Unit Forensik juga telah dihantar ke kediaman Mohd Asri untuk menjalankan siasatan.
Topic Berkaitan
#Dr Maza
#Honda Accord
#Mohd Asri Zainul Abidin
#Mufti Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan