awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja perempuan cedera parah jatuh kondominium
Emas boleh langkau RM700 segram di Malaysia susulan pengukuhan ringgit
Malaysia di landasan tepat jadi tuan rumah APG 2027 - KBS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta SUV pertama Proton X70 dirasmikan Tun Dr Mahathir

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
12/12/2018
14:35 MYT
Kereta SUV pertama Proton X70 dirasmikan Tun Dr Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memegang kunci kereta ketika melancarkan Proton SUV X70 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam ini. - Foto Bernama
Kenderaan pertama pelbagai guna (SUV) Proton, Proton X70 dilancarkan secara rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu.
Ia dilengkapi dengan pelbagai inovasi menarik yang ditampilkan Proton termasuk menerusi sistem arahan suara.
Model terbaharu Proton ini nyata berbeza daripada model keluarannya sebelum ini yang dilihat lebih terkini dan memenuhi citarasa pengguna dan peminat SUV.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya memuji inovasi terbaharu Proton yang kerjasama dengan Syarikat Geely.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Proton dengan pelancaran ini. Sejak Proton menjalankan kerjasama dengan Geely ia menyaksikan Proton berkembang dengan baik," katanya ketika berucap merasmikan Proton X70 di ibu negara.
Beliau yang sebelum ini pernah diperkenalkan dengan model SUV X70 itu oleh Syarikat Geely ketika lawatannya turut berkongsi pengalaman tentang produk keluaran terbaharu Proton ini.
"Saya telah diperkenalkan dengan kereta ini (Proton X70), kereta ini boleh bercakap. Jadi anda perlu memberi arahan yang betul kepada kereta ini. Jika anda bosan dan keseorangan ketika memandunya anda boleh mengeluarkan arahan dan kereta itu akan bercakap dengan anda," katanya.
SUV X70 ini dijual pada harga bermula daripada RM99,800 hingga RM123,800.
Topic Berkaitan
#kereta
#Mahathir Mohamad
#model
#Proton
#SUV X70
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan