awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas, wanita parah tersepit dalam kereta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/07/2019
08:29 MYT
Kereta terbabas, wanita parah tersepit dalam kereta
Keadaan kereta yang tersangkut pada tiang papan tanda arah di tebing lebuh raya. - JBPM
Seorang wanita cedera parah manakala tiga lagi lelaki cedera ringan setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di KM11.3 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Damansara, di ibu negara.
Menurut Ketua Operasi, Mohd. Anuar Khalid pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.51 pagi dan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Pihak Bomba tiba di tempat kejadian pada 12.33 tengah hari dan mendapati sebuah kereta jenis BMW terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Seorang wanita mengalami kecederaan parah dan tersepit di bahagian hadapan manakala tiga lelaki lain mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata kesemua mangsa telah dapat dikeluarkan oleh anggota bomba dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Keadaan kereta yang tersangkut pada tiang papan tanda arah di tebing lebuh raya. - JBPM
Keadaan kereta yang tersangkut pada tiang papan tanda arah di tebing lebuh raya. - JBPM
Topic Berkaitan
#bomba
#DUKE
#JBPM
#kemalangan
#lebuh raya
#wanita tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan