awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Bekas PAT didakwa tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah hari ini
[TERKINI] Bekas PTD tiba di mahkamah, berdepan dua pertuduhan AMLATFPUAA
New Zealand teruskan pencarian mangsa selepas tanah runtuh melanda tapak perkhemahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbakar dalam kemalangan, pemandu sempat selamatkan diri

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
02/12/2019
01:22 MYT
Kereta terbakar dalam kemalangan, pemandu sempat selamatkan diri
Jarak antara dua buah kenderaan yang terlalu dekat mengakibatkan kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan hangus terbakar. - Foto ihsan pembaca
Sebuah kereta terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai dekat Kampung Bunut, di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, pemandu kereta berusia 42 tahun sempat keluar daripada kenderaannya sebelum terbakar.
Ketua Polis Daerah Machang, Dep Supt Ganti Jimmy berkata, hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 30 tahun itu tidak mempunyai lesen.
"Ketika kejadian, dia yang menunggang motosikal dari arah Kuala Krai menghala ke Machang secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira.
"Jarak antara dua buah kenderaan yang terlalu dekat mengakibatkan kereta dipandu lelaki yang berasal dari Kampung Laklok Bunut itu hangus terbakar," katanya.
Menurut Ganti, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan namun penunggang motosikal mengalami patah kaki kiri.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#hangus
#kecederaan
#kemalangan
#kereta
#Kota Bharu
#Kuala Krai
#lesen memandu
#machang
#motosikal
#patah kaki kiri
#pemandu kereta
#polis
#proton wira
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan