Kerja-kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat, demikian menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata tindakan segera telah diambil oleh pihaknya dengan menurunkan papan tanda berkenaan pada hari ini.
"MBSA menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina digantikan dengan papan tanda jalan yang memaparkan bahasa Melayu sahaja," katanya.
Sultan Sharafuddin semalam dilaporkan menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.
Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Menurut kenyataan itu, operasi penukaran papan tanda jalan berkenaan hendaklah dilaksanakan dengan segera dan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-73 Sultan Selangor pada 11 Dis ini.
Sebelum ini, seorang penduduk Shah Alam memuat naik kenyataan menerusi laman Twitternya mempersoalkan kewajaran papan tanda jalan di kawasannya dalam bahasa Cina. Kenyataan itu yang tular dalam media sosial turut mempersoalkan kedudukan tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda jalan tersebut.
MBSA ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter tersebut memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Jan 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain tulisan Rumi.
Menurut MBSA, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kawasan kampung baharu menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut. -- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan segera dan perlu digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. - Bernama
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY
DBKU menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina.
Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina
Faiz menegaskan tindakan DAPSY itu tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk
Abdul Rahman berkata, perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
Kerajaan tekad teruskan pengajaran tulisan khat - Tun M
Kerajaan tetap bertekad meneruskan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 mulai 2020 meskipun mendapat tentangan daripada segelintir pihak.
Kuasai bahasa Cina, bahasa ekonomi - Anwar
Anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina kerana ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.
Sultan Johor murka anggota majlis guna bahasa Cina dalam surat rasmi
Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi, sama ada melibatkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.