awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja industri 3D lebih baik daripada menganggur - Dr Mahathir

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/05/2019
07:11 MYT
Kerja industri 3D lebih baik daripada menganggur - Dr Mahathir
Perdana Menteri berkata, walaupun sektor 3D menawarkan gaji rendah, namun ia adalah lebih baik daripada tidak mempunyai pekerjaan. - Astro AWANI
Rakyat Malaysia disaran mengambil peluang dalam industri kotor, berbahaya dan sukar (3D) daripada hanya menganggur, demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, walaupun sektor itu menawarkan gaji yang rendah, namun ia adalah lebih baik daripada tidak mempunyai pekerjaan.
"(Walaupun) gaji rendah, tetapi jika mereka tidak bekerja, mereka tidak ada apa-apa pendapatan.
“Jadi mereka mesti memilih. Sekurang-kurangnya jika mereka bekerja, mereka akan mendapat sesuatu," katanya kepada pemberita sempena sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), di sini, hari ini.
Sebelum itu, Dr Mahathir ditanya mengenai gaji rendah dalam pekerjaan 3D yang tidak menarik penglibatan rakyat Malaysia.
Dalam ucaptama beliau sempena Hari Pekerja 2019, Dr Mahathir berkata kerajaan menyedari kebimbangan rakyat negara ini berhubung jumlah penduduk asing yang berhijrah ke Malaysia.
Sehubungan itu, katanya, dasar kerajaan hari ini adalah memberi keutamaan kepada pekerja warganegara Malaysia untuk mendapat peluang pekerjaan
Tambahnya, kehadiran pekerja asing ke dalam negara ini berpunca dari sikap rakyat yang tidak mahu membuat kerja tertentu sehingga industri 3D juga telah diambil alih oleh pekerja asing.
"Maka peluang itu direbut oleh pekerja asing. Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata jika rakyat Malaysia mempunyai sikap memilih kerja, maka mereka akan kehilangan peluang untuk mendapatkan pekerjaan.
“Maka wang kita akan mengalir keluar. Kita tidak boleh memaksa (majikan membayar gaji yang lebih tinggi). Tetapi kita harus ingat bahawa kita bekerja untuk negara kita, untuk membangunkan negara kita," ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan kerajaan menyasarkan peningkatan 1 juta keanggotaan pekerja dalam kesatuan sekerja menjelang 2020.
Topic Berkaitan
#gaji rendah
#Hari Pekerja
#industri 3D
#Malaysia Baharu
#memilih kerja
#Pakatan Harapan
#pekerja asing
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#warga asing
#Wawasan 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan