Pasukan keselamatan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengenal pasti individu yang diculik di perairan Sabah semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan merangka langkah selanjutnya berhubung insiden penculikan itu, di mana tiga suspek dipercayai penculik dari selatan Filipina mati dalam kejadian tembak-menembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Terima laporan kejadian tembak-menembak dan cubaan menculik di dua lokasi di Sabah semalam, Lahad Datu dan Semporna.
"PGA kita bertempur dengan penjenayah dari Selatan Filipina dan menembak mati tiga suspek dipercayai penculik, manakala dua lagi berjaya diberkas dan seorang tebusan berjaya diselamatkan.
"Dua lagi suspek berjaya melepaskan diri bersama seorang tebusan," kata Perdana Menteri melalui catatan di blog rasminya hari ini.
Najib berkata beliau turut menerima laporan seorang daripada anggota keselamatan Malaysia cedera ditembak dan kini dirawat di Hospital Semporna, dan berdoa supaya anggota keselamatan itu selamat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun sebelum ini, dilaporkan berkata terdapat dua juragan bot yang diculik masing-masing di Perairan Bekapit di Lahad Datu, dan Pulau Gaya di Semporna.
"Seorang mangsa culik ditemui selamat manakala dua lagi penjenayah hilang bersama seorang mangsa culik," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata pujian harus diberikan kepada pasukan keselamatan Malaysia atas tindakan pantas mereka, kerana bukan mudah untuk mengawal kawasan perairan yang begitu luas.
Selain itu, beliau berkata kerajaan mahu tindakan wajar, tegas dan berkesan diambil bagi menangani ancaman sedemikian.
"Jangan beri walau sedikit ruang kepada penjenayah-penjenayah menceroboh dan kucar-kacirkan negara. Teruskan pelihara perairan, sempadan dan kedaulatan negara," kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
PM Najib: Pasukan keselamatan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengenal pasti individu yang diculik di perairan Sabah. - Gambar fail
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Kerjasama dengan Filipina kenal pasti identiti mangsa culik - PM Najib
Pasukan keselamatan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengenal pasti individu yang diculik di perairan Sabah semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Culik: Manila keluar waran tangkap terhadap enam individu
Pihak berkuasa Filipina mengeluarkan waran tangkap terhadap enam daripada 23 individu, yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia, terlibat dengan kes penculikan.