awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Muafakat Nasional dengan Dr Mahathir ditolak rakyat - Asyraf Wajdi

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2020
08:17 MYT
Kerjasama Muafakat Nasional dengan Dr Mahathir ditolak rakyat - Asyraf Wajdi
Kata Asyraf Wajdi, daripada 102,000 netizen yang membuat undian, 56 peratus daripadanya menolak cadangan itu manakala 44 peratus lagi menyifatkan sebagai wajar. - Gambar fail
Cadangan Muafakat Nasional untuk bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad ditolak oleh majoriti rakyat.
Perkara itu diperoleh hasil tinjauan pendapat yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman sosial Facebook peribadinya.
Menurut Asyraf Wajdi, tinjauan yang dilakukan di Facebooknya pada Isnin lalu turut mendapati rakyat turut menolak sekiranya Muafakat Nasional dan Dr Mahathir mahu bekerjasama dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Kata Asyraf Wajdi, daripada 102,000 netizen yang membuat undian, 56 peratus daripadanya menolak cadangan itu manakala 44 peratus lagi menyifatkan sebagai wajar.
“Terima kasih kepada lebih 102,000 orang yang telah mengundi dan hampir 10,000 yang memberikan komentar terhadap tinjauan pendapat ini.
“Dari semua komentar dan pandangan dapatlah dirumuskan beberapa dapatan yang antara lain tidak bersetuju Muafakat Nasional menjalin sebarang kerjasama dengan kedua mereka termasuk bersama parti DAP,” katanya.
Pada Isnin lalu, Asyraf Wajdi memuat naik posting tinjauan pendapat bertajuk, Wajarkah Muafakat Nasional bersama dengan Tun Dr Mahathir, menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP?
Asyraf Wajdi berkata, hasil dapatan itu juga mendapati, rakyat tidak mahu Muafakat Nasional menjalinkan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak seandainya ia ada kaitan dengan DAP.
“Mereka mahukan Muafakat Nasional (penyatuan UMNO dan Pas) diperkasa dan diperkukuhkan bagi mewakili suara rakyat tanpa menjadi alat mana-mana pihak.
“Terima kasih kepada semua yang mengundi dan berkongsi pandangan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Mahathir Mohamad
#Muafakat Nasional
#Pakatan Harapan
#PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan