PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 14 April 2020 akan tamat tidak lama lagi, mencakupi hampir 30 hari.
PKP dikuatkuasakan dalam negara untuk memastikan orang ramai tidak keluar rumah dan tidak terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19.
Menurut pandangan pakar penyakit COVID-19, tempoh masa bagi inkubasi koronavirus adalah dua minggu.
COVID-19 yang melanda negara awal bulan Mac mempunyai ruang untuk menjangkiti lebih ramai lagi dalam tempoh dua minggu kerana waktu inkubasi akan tamat sedikit masa lagi.
Dianggarkan lebih 40,000 rakyat Malaysia akan terdedah dengan jangkitan COVID-19 sekiranya mereka ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam tempoh masa dua minggu ini.
Sekiranya orang ramai duduk di rumah, penularan wabak COVID-19 bukan sahaja dapat dikawal, malah peratusan peningkatan kes baharu juga dapat dikurangkan.
Berdasarkan laporan siaran media rasmi, sehingga kini jumlah orang yang dijangkiti COVID-19 di Malaysia melangkaui 3,500 orang dan lebih 60 meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut.
Sementara itu, peratusan kadar kematian daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara dilaporkan hanya 1.55 peratus berbanding 11.7 peratus di Itali.
Pada masa yang sama, kadar peratusan kes yang berjaya dirawat di Malaysia adalah 33 peratus lebih baik daripada negara lain.
Ini jelas menggambarkan bahawa usaha membendung dan memulih penyakit COVID-19 dalam negara semakin baik.
Tangkapan ingkar PKP
Tangkapan polis di sekatan jalan raya di seluruh negara terhadap individu yang ingkar PKP didapati kian meningkat.
Rakyat tidak seharusnya menganggap bahawa penguatkuasaan PKP oleh kerajaan sebagai suatu tindakan yang menyusahkan mereka.
Sebaliknya PKP harus dilihat sebagai benteng yang mengawal rakyat supaya tidak dijangkiti virus COVID-19 yang boleh membawa maut.
Oleh itu, rakyat perlu sedar akan tanggungjawab mereka membantu pasukan perubatan dalam memastikan COVID-19 tidak merebak dengan lebih parah lagi dalam tempoh masa seminggu akan datang.
Dalam hal ini, tindakan yang paling bijak untuk rakyat lakukan adalah mematuhi dengan tegas arahan PKP.
Seorang ahli falsafah kuno China, Sun Tsu pernah menyarankan dalam bukunya ‘Art of War’ bahawa strategi yang terbaik untuk menyelamatkan diri semasa negara menghadapi ancaman musuh adalah mengambil posisi (tempat) dan langkah-langkah yang sepatutnya bagi mematahkan kekuatan musuh untuk menyerang tanpa kita turun ke medan perang.
COVID-19 ialah musuh utama negara ketika ini.
Justeru, strategi terbaik untuk melawan musuh terbaharu dan kejam dalam bentuk COVID-19 ini adalah dengan kaedah duduk di rumah masing-masing.
Sekiranya rakyat sedar bahaya skop penularan virus selepas tempoh masa inkubasi adalah lebih cepat dan meluas, maka wajarlah rakyat berkerjasama memutuskan rantai jangkitan virus COVID-19 pada waktu ini iaitu semasa penghabisan tempoh inkubasi.
Perlu disedarii bahawa kes jangkitan COVID-19 di Itali dan Amerika Syarikat (AS) lebih pantas dan cepat kerana kerana rakyat negara itu mengabaikan arahan PKP.
Sementara itu, kes COVID-19 di China dapat dikurangkan dengan cepat kerana rakyat negara itu terutamanya penduduk Wuhan mengikuti saranan PKP dengan baik.
Kerjasama rakyat dalam usaha pelaksanaan PKP di Malaysia sejak 18 Mac telah terbukti memperlahankan kadar peningkatan kes baharu, malah peningkatan kes baharu hampir statik dalam lingkungan 100 sehingga 150 kes sehari.
Sekiranya rakyat terus bekerjasama patuh kepada PKP bagi tempoh masa seminggu akan datang, maka peluang untuk mengurangkan kes baharu akan menjadi lebih cerah.
Kekurangan kes baharu akan mendorong kerajaan menamatkan PKP.
Sehubungan itu, MIC di bawah kepimpinan Tan Sri S. A. Vigneswaran yang baru membawa pulang hampir 3,567 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara susulan perintah ‘lock down’ menyeru pemimpin-pemimpin MIC supaya memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin MIC di akar umbi untuk membantu rakyat agar tidak ada siapa yang menderita kerana kekurangan bekalan keperluan asas semasa negara berperang mencegah wabak COVID-19.
Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue Apr 07 2020
Rakyat tidak seharusnya menganggap bahawa penguatkuasaan PKP oleh kerajaan sebagai suatu tindakan yang menyusahkan mereka. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.