awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama strategik Petronas-Agrobank beri manfaat kepada 90,000 golongan B40

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/01/2020
06:00 MYT
Kerjasama strategik Petronas-Agrobank beri manfaat kepada 90,000 golongan B40
Azmin Ali dan Salahuddin Ayub hadir pada majlis menandatangani memorandum Kerjasama Strategik Petronas dan Agrobank, di Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar BERNAMA
Agrobank hari ini memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang bakal memberi manfaat kepada hampir 90,000 golongan berpendatan rendah (B40).
Menurut penanggung tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agrobank, Khadijah Iskandar, kolaborasi tersebut mencerminkan kesungguhan Agrobank dan Petronas dalam membuka ruang dan peluang untuk memperkasakan kumpulan B40 khususnya golongan terpinggir.
Melalui kolaborasi tersebut, Petronas menyediakan pelaburan sebanyak RM100 juta untuk diuruskan oleh Agrobank bagi program pembiayaan mikro melalui syarikat utama.
“Kerjasama ini sekali gus dapat memperluaskan lagi usaha Agrobank untuk meningkatkan akses kewangan kepada komuniti agro yang mempunyai kepakaran berbeza.
“Ini adalah seiring dengan elemen perantaraan berasaskan nilai (VBI) yang diterajui oleh Agrobank yang memfokuskan kepada program-program yang bertujuan memperkasakan ekonomi dan meningkatkan taraf sosial kumpulan B40,” beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Kerjasama Strategik Petronas dan Agrobank, di sini, pada Selasa.
Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, Ahmad Shahril Mohd Sharif.
Mengulas lanjut, beliau berkata, melalui kolaborasi tersebut, pembiayaan boleh diberikan sehingga 100 peratus daripada keseluruhan kos operasi dengan kadar keuntungan bank terendah iaitu dua peratus setahun.
Jelasnya, permohonan dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai rekod perniagaan sekurang-kurangnya enam bulan.
“Kita berharap agar lebih ramai golongan belia yang menyahut seruan kerajaan untuk menceburi bidang pertanian,” katanya.
Kerjasama Starategik Petronas dan Agrobank ditandatangani oleh Ahmad Shahril dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Kerjasama strategik ini bakal berlangsung selama lima tahun.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Belia
#CEO
#ekonomi
#kerajaan
#nilai
#Petronas
#presiden
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan