awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta gesa Australia kaji semula larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerosakan teknikal, jemaah haji terpaksa tunggu lebih 33 jam di Jeddah

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2019
11:49 MYT
Kerosakan teknikal, jemaah haji terpaksa tunggu lebih 33 jam di Jeddah
Difahamkan berlakunya kerosakan teknikal pada pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, memaksa kumpulan jemaah haji berkenaan menunggu lebih 33 jam. - Foto Sinar Harian
Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menerima perkembangan terkini berhubung penjadualan semula kepulangan sekitar 400 jemaah haji dari Malaysia yang sepatutnya tiba ke tanah air petang semalam.
Menurut maklumat daripada pusat khidmat pelanggan TH, kaum keluarga yang menunggu kepulangan ahli keluarga mereka disarankan untuk memeriksa perkembangan terkini menerusi talian rasmi institusi haji atau laman Facebook rasmi TH.
Menerusi ciapan di Twitter Sinar Harian, difahamkan kumpulan jemaah berkenaan yang terpakasa menunggu di Jeddah, Arab Saudi sepatutnya tiba di Malaysia sekitar pukul 2.50 petang semalam menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8311.
Bagaimanapun, difahamkan berlakunya kerosakan teknikal pada pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.
Rentetan itu, sebahagian jemaah haji yang terpaksa menunggu lebih 33 jam, ditempatkan di sebuah hotel yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari lapangan terbang tersebut.
Sementara itu, menerusi laman Facebook dan Twitter TH, terdapat ahli keluarga jemaah yang sudah sampai ke ibu negara sejak semalam, meluahkan rasa kecewa kerana didakwa lambat menerima maklumat berhubung kelewatan itu.
Ada juga yang melahirkan kerisauan selepas gagal untuk menghubungi ahli keluarga bagi bertanyakan perkembangan terkini.
Dalam pada itu, TH menerusi laman Facebook memuat naik status:
‘Untuk makluman tuan/puan, sehingga kini masih belum ada maklumat berkaitan penjadualan semula bagi KT11. Pihak TH akan memaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman FB TH rasmi selepas mendapat maklumat penjadualan semula daripada syarikat penerbangan. Tuan/Puan juga boleh menghubungi THCC di talian 03- 6207 1919 dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini. Pihak TH memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. terima kasih Sekian terima kasih’
Terdahulu, kumpulan pertama jemaah haji malaysia seramai 479 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Jeddah pada 19 Ogos lalu.
Kesemua mereka tiba di tanah air sekitar jam 3.30 petang dengan pesawat MH8301, dan ketibaan penerbangan itu menandakan bermulanya fasa kedua operasi haji TH bagi musim 1440H/2018M.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Facebook
#Jeddah
#jemaah haji Malaysia
#Kuala Lumpur
#Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz
#Lembaga Tabung Haji
#Malaysia Airlines
#Tabung Haji
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan