Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kertas siasatan dibuka terhadap individu sebar berita palsu perihal Istana Negara

Kertas siasatan dibuka terhadap individu sebar berita palsu perihal Istana Negara
Abdul Hamid dalam pada itu mendedahkan terdapat cubaan pihak-pihak tertentu untuk membawa masuk anasir luar bagi memberikan sokongan kepada parti politik.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak benar mengenai perihal yang berlaku di Istana Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, individu tersebut seolah-olah begitu yakin dengan undi yang diberikan kepada pihak berkenaan, dipercayai berhubung perlantikan Perdana Menteri baharu.

“Bagaimana orang luar boleh mengetahui apa yang berlaku dengan jumlah undi yang kononnya tepat.

“Jadi, jangan main-main dengan perkara ini. Saya sudah arahkan pihak Jabatan Siasatan Jenayah untuk mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita, di sini, pada Jumaat.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, hari ini untuk memberi taklimat berhubung keselamatan negara berikutan perkembangan politik semasa.

Abdul Hamid dalam pada itu mendedahkan terdapat cubaan pihak-pihak tertentu untuk membawa masuk anasir luar bagi memberikan sokongan kepada parti politik.
Katanya, perbuatan tersebut tidak seharusnya berlaku dan ia disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap negara.

“Ada elemen dari luar untuk masuk dalam (negara) bagi membantu sesiapapun. Itu saya anggap sebagai pengkhianatan terhadap negara.

“Jangan libatkan orang luar dalam perbalahan politik adik-beradik,” tegasnya.


Tag: Yang di-Pertuan Agong, Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, PDRM, Polis Diraja Malaysia, Malaysia 2020, Istana Negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.