awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan tanah Felda diserah hari ini - KPN

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/01/2018
07:42 MYT
Kertas siasatan tanah Felda diserah hari ini - KPN
Ketua Polis Negara sahkan kertas siasatan akan diserahkan akan hari ini.
Kertas siasatan berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak sudah disiapkan dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, hari ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, biarpun pada awalnya kertas siasatan itu dijangka diserahkan minggu lalu, namun masalah teknikal memaksa ia ditunda ke hari ini.
"Sebelum ini saya beritahu akan serahkan kertas siasatan akan diserahkan minggu lalu. Tapi ada masalah teknikal yang membuatkan ia terpaksa ditangguhkan.
"Ia sudah disiapkan dan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ulung Ketua Polis Negara dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah semua kontinjen dan daerah serta pelancaran 'Handbook' Penyiasatan Jenayah dan Arahan Penyiasatan Jenayah di pusat beli belah Sogo, pada Rabu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak.
Felda pada 15 Januari lalu mengesahkan mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak selepas satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara mereka dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sehubungan itu berkata, Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan dirunding semula dan diteruskan oleh Felda serta SPSB.
Topic Berkaitan
#Felda
#Jabatan Peguam Negara
#Ketua Polis Negara
#Mohamad Fuzi Harun
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan