awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan terhadap Tun M hampir siap - Polis

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
07/11/2015
09:25 MYT
Kertas siasatan terhadap Tun M hampir siap - Polis
NOOR RASHID: Berhubung kertas siasatan Dr Mahathir, ia akan disiapkan secepat mungkin. -Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir siap, kata Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Noor Rashid.
"Kita ada buka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung beberapa insiden termasuk perhimpunan Bersih 4 dan tujuan untuk merakamkan keterangan Dr Mahathir pada semalam adalah sebagai usaha untuk melengkapkan dan mengkaji siasatan sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.
"Kertas siasatan ini akan disiapkan secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu," tambah Noor Rashid.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan lanjut siasatan terhadap Dr Mahathir dalam satu sidang media di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Noor Rashid menjawab soalan pemberita ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat.
Dr Mahathir pada Jumaat diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.
Menurut Dr Mahathir, beliau menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menahannya.
Sementara itu, Noor Rashid memaklumkan rakaman keterangan Dr Mahathir semalam tiada kaitan dengan siasatan skandal kontroversi syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1 Malaysian Development Berhad (1MDB)
"Itu tiada kaitan dengan dia (Dr Mahathir). 1MDB siasatan lain dan tiada kaitan dengan proses pengambilan percakapan daripada Dr Mahathir. Ia tiada kaitan dengan 1MDB," kata Noor Rashid.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bulan lepas memberitahu, tiga kertas siasatan terhadap Dr Mahathir sudah dibuka selepas beberapa laporan polis diterima atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.
Menurutnya, daripada tiga kertas siasatan tersebut, dua daripadanya melibatkan siasatan yang sedang dijalankan, manakala satu lagi kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Siasatan dipercayai dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan fitnah.
Dr Mahathir sebelum ini telah secara terbuka mengkritik pentadbiran Najib dan menggesa agar beliau berundur.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Kanun Keseksaan
#Mahathir
#Noor Rashid Ibrahim
#PULAPOL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan