Ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mahu pasukan pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram untuk membuktikan bahawa anak guamnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memalsukan dokumen sepertimana penyataan pembukaan pendakwaan hari ini.
Ujarnya, jika benar pendakwaan mengatakan bekas perdana menteri itu memalsukan dokumen, ia perlu dibuktikan bahawa Najib mengetahui perkara itu.
Malah jelasnya, lebih penting dalam kes ini sama ada anak guamnya tahu bahawa wang disalurkan ke akaunnya berasal dari syarikat 1MDB.
"Jadi sama ada dokumen palsu atau tak, anda (pendakwaan) buktikannya. Malah jika anda dapat buktikannya, anda perlu buktikan Najib tahu ia dipalsukan. Saya tidak peduli sama ada Low Taek Jho tahu. Adakah Najib tahu? Hanya selepas itu anda boleh hukumnya," kata Shafee.
"Kami sentiasa mengatakan apa saja berkenaan wang itu, anak guam saya sejujurnya percaya ia datang dari Raja Saudi. Kerana dia (Najib) bertemu Raja Saudi dan ada janji berkenaan AS$1 bilion (RM4.21 bilion)," katanya ketika ditemui selepas perbicaraan Kes Skandal 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
BACA: Sri Ram's opening statement at Najib's 1MDB trial
BACA: Najib, Jho Low buat dokumen palsu dalam cubaan tutup skandal 1MDB - Gopal Sri Ram
Tambah Shafee, beliau tidak sabar untuk melihat bagaimana pasukan pendakwaan membuktikan ahli perniagaan Jho Low ialah "Alter Ego" anak guamnya seperti didakwa.
Malah nama ahli perniagaan itu jelas Shafee turut disebut dalam perbicaraan SRC International sebelum ini dan pasukan pembelaan mendakwa dia memperdayakan banyak pihak termasuk Najib.
Justeru pasukan pembelaan akan menggunakan hujah sama seperti SRC International.
Terdahulu, pasukan pendakwaan dalam pernyataan pembukaan antara lain menyebut bahawa Najib dan Jho Low didakwa cuba menggambarkan kononnya wujud derma dari Putera Arab membabitkan jumlah AS$25 juta selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar pada 2015.
Fareez Azman
Wed Aug 28 2019
Tan Seri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan dalam perbicaraan skandal 1MDB bermula Rabu. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.