Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye hari ini menggesa pihak berkuasa, sekolah, ibu bapa dan pihak berkepentingan yang lain untuk menangani unsur keganasan dan kelakuan ganas di kalangan pelajar dan remaja di negara ini.
Kejadian buli dan tingkah laku ganas di sekolah-sekolah terutamanya di sekolah berasrama penuh yang melibatkan pelajar adalah suatu perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak yang berkenaan.
Kejadian-kejadian sebegini amat membimbangkan dan adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan, sekolah, polis, ibu bapa dan pelajar untuk bersama-sama menangani masalah tersebut.
Menurut pihak polis, penglibatan pelajar di dalam jenayah hanyalah 0.9 peratus daripada jumlah indeks jenayah di negara ini manakala Kementerian Pendidikan pula mendedahkan bahawa pelajar yang terlibat dalam tindakan disiplin hanyalah kurang daripada 2 peratus daripada 5 juta pelajar di negara ini.
Isu-isu disiplin di sekolah seperti ponteng, salah laku, kecurian dan pergaduhan yang membawa kepada keganasan dan kecederaan tidak boleh ditolak ansur oleh pihak sekolah walaupun masalah tersebut adalah pada tahap yang amat rendah.
Isu buli di sekolah dan bentuk disiplin yang lain harus dikaji semula dengan tujuan untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan kita dan langkah-langkah untuk mengatasinya harus diambil oleh guru besar sekolah dan guru disiplin.
Bagi saya, apa yang menarik perhatian adalah unsur keganasan yang semakin menjadi di institusi pendidikan kita.
Apa yang boleh kita harapkan sedangkan pada hari ini secara realitinya anak-anak kita terdedah kepada keganasan?
Kejahatan, dendam dan kekejaman secara langsung ini telah menjadi norma dalam banyak filem-filem yang datangnya dari kabel televisyen. Aksi-aksi ganas seperti ini selalunya dipuja malah rancangan kartun juga mula mengandungi adegan ganas.
Pendedahan dan pengaruh elemen-elemen keganasanya ini perlu disemak jika kita serius untuk mengatasi masalah jenayah keganasan yang melibatkan remaja ini.
Jika masalah disiplin berlaku di semua sekolah, maka kita perlu berurusan dengan mereka secara terus dan mencari penyelesaiannya. Kita tidak boleh berada dalam keadaan penafian setiap kali berlaku masalah di sekolah.
Masalah disiplin di sekolah bukanlah perkara baru. Ia telah wujud sejak dahulu lagi. Apa yang membimbangkan kini ialah isu buli yang melibatkan pelajar semakin berleluasa dan kejam.
Jika terdapat masalah disiplin yang serius di mana-mana sekolah, banyak pihak perlu bertanggungjawab. Ia bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah berkenaan malah ibu bapa, polis dan masyarakat secara keseluruhannya juga perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah disiplin pelajar.
Sementara pihak sekolah mengambil langkah-langkah untuk mengetatkan disiplin di kalangan pelajar, pegawai perhubungan polis harus membuat lawatan yang lebih kerap ke sekolah-sekolah untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam kegiatan samseng dan jenayah yang lain.
Walaupun disiplin dan hukuman yang sesuai perlu dijatuhkan kepada mereka yang bersalah, namun bimbingan kaunseling yang profesional untuk menangani pelajar bermasalah juga amat penting.
Sehubungan itu, latihan khas perlu diberikan kepada kaunselor sekolah bagi membolehkan mereka berurusan dengan pelajar yang terlibat dalam kelakuan ganas.
Kelab Pencegahan Jenayah di semua sekolah perlu lebih proaktif untuk mendidik pelajar mengenai kesedaran pencegahan jenayah dan memantau masalah disiplin di sekolah.
Ini membawa saya kepada isu yang amat penting iaitu pembangunan watak dalam mana-mana sistem pendidikan.
Watak atau character adalah pembawa sebenar yang dilakukan oleh kedua-dua anak-anak dan orang dewasa untuk berjaya dalam hidup dan membuka jalan bagi generasi baru bagi mempersiapkan diri mereka untuk menhadapi pelbagai cabaran .
Kejayaan sistem pendidikan kita dinilai bukan sahaja oleh pencapaian akademik pelajar kita. Kejayaan sistem perlu juga dinilai berdasarkan mutu seseorang dari segi integriti dan disiplin mereka, perlakuan, kecerdasan, sikap mereka terhadap kerja, kemampuan mereka dalam kepimpinan dan rasa tanggungjawab serta komitmen mereka terhadap masyarakat.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Tan Sri Lee Lam Thye yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Media Statement
Mon Jan 05 2015
Kejadian buli dan tingkah laku ganas di sekolah yang melibatkan pelajar adalah perkara yang harus dipandang serius semua pihak, kata Tan Sri Lee Lam Thye
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari asrama akibat dibuli.
Dakwaan buli: Ibu kepada remaja lari dari asrama buat laporan polis
Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.
Kes Buli: Tunggu laporan lengkap, pihak pengurusan sekolah enggan beri kenyataan
Pihak pengurusan berkata segala kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas laporan dan proses siasatan lengkap dilakukan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.