awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sudah jadi mangsa pelaburan, pakar perubatan ditipu pula ‘peguam’ rugi lebih RM500,000
Kelantan TRW, PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain
Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Bilik bahan bukti sementara bomba hanya simpan barang kes Nazrin

Bernama
Bernama
29/06/2020
11:23 MYT
Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Bilik bahan bukti sementara bomba hanya simpan barang kes Nazrin
Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. -Astro AWANI
Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, pada Isnin diberitahu hanya barang kes yang diambil dari bilik mangsa sahaja disimpan dalam bilik bahan bukti sementara bomba Selangor pada Jun 2018.
Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Che Daud Adli Yusof @ Che Man, 55, berkata walaupun banyak kes kebakaran pada bulan berkenaan, bilik simpanan bahan bukti sementara itu hanya digunakan sekali sahaja.
"Ada 192 kes kebakaran pada Jun 2018 membabitkan kebakaran struktur iaitu kebakaran rumah.
"Tetapi pada bulan enam (Jun) itu, hanya satu (sekali) sahaja penggunaan bilik simpan bahan bukti sementara iaitu untuk kes ini (kes bunuh Nazrin)," katanya ketika disoal balas oleh peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman di sini.
Terdahulu, Muhammad Shafee bertanyakan mengenai penggunaan bilik bahan bukti sementara itu, sama ada ia turut digunakan untuk menyimpan bahan bukti kes lain.
Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata bilik bahan bukti sementara yang terletak di pejabat Bahagian Siasatan Kebakaran, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor itu di bawah seliaannya.
"Yang bertanggungjawab pegang kunci saya seorang, siapa (pegawai dan anggota) yang nak guna bilik itu kena hubungi saya.
"Saya pasti tiada mana-mana pihak yang letak barang kes (lain) dalam bilik itu sebab tiada permintaan dan tiada yang memaklumkannya pada saya," katanya.
Beliau turut memberitahu, sepanjang menyelia bilik tersebut sejak 2016, tiada kes yang membabitkan bahan bukti dalam bilik itu tertukar atau hilang.
Isteri Nazrin, Samirah Muzaffar, 45, dan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, serta seorang wanita Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh mangsa.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Perbicaraan bersambung Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#bunuh
#cradle fund
#kebakaran
#mahkamah
#Muhammad Shafee Abdullah
#Nazrin Hassan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan