awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh CEO: 'Kita sepatutnya lindungi kanak-kanak, bukan peragakan mereka' - Aktivis

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2018
12:06 MYT
Kes bunuh CEO: 'Kita sepatutnya lindungi kanak-kanak, bukan peragakan mereka' - Aktivis
Hartini ketika memberi kenyataan kepada media di Mahkamah Petaling Jaya hari ini. - Astro AWANI
Hampir 20 orang ahli keluarga dan kenalan rapat kepada dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, berkumpul di Mahkamah Petaling Jaya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung penahanan dua remaja terbabit.
Jurucakap kumpulan itu, aktivis kanak-kanak daripada badan bukan kerajaan (NGO) Voice of the Children, Hartini Zainudin, berkata tindakan menggari dua remaja itu bertentangan dengan kod yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi layanan terhadap tahanan bawah umur.
"Walaupun saya bukan ahli keluarga mereka, saya tetap mewakili mereka kerana cara mereka dikendalikan oleh pihak berkuasa adalah salah.
"Mereka adalah kanak-kanak bawah umur dan undang-undang kita sepatutnya melindungi mereka, bukan memperagakan mereka di khalayak ramai.
"Mereka hanya direman untuk membantu siasatan,” kata Hartini ketika ditemui di perkarangan mahkamah hari ini.
BACA: Tempoh reman isteri CEO Cradle Fund disambung tiga hari
Semalam, dua anak tiri Nazrin yang berusia 16 dan 14 tahun, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian CEO Cradle Fund itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SCP Fadzil Ahmat, berkata permohonan reman terhadap kedua-dua remaja berkenaan dibuat di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya siang tadi.
Topic Berkaitan
#bawah umur
#CEO Cradle Fund
#kes bunuh
#Nazrin Hassan
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan