Diplomat Indonesia hari ini mendapat akses untuk bertemu suspek wanita republik itu yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Andreano Erwin menemui Siti Aisyah, 25, dari Serang, Indonesia, kira-kira 30 minit di Kompleks Balai Polis Cyberjaya di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan itu, Andreano berkata Siti Aisyah kelihatan sihat.
"Dia boleh menjawab semua soalan yang kami tanyakan dengan baik. Secara fizikal, kami tidak melihat ada apa-apa kesan (daripada agen saraf VX yang digunakan dalam pembunuhan Jong-nam).
"Namun, secara emosi dan kejiwaan, kami belum tahu kerana ia memerlukan pemeriksaan lanjut," katanya ketika ditemui di luar kompleks balai polis itu.
Siti Aisyah adalah antara empat individu yang ditahan polis secara berperingkat susulan pembunuhan Jong-nam pada 13 Feb lepas.
Jong-nam, yang menggunakan pasport Korea Utara dengan nama Kim Chol, berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila beliau dihampiri dua wanita yang didakwa menyapu mukanya dengan bahan beracun.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata bahan kimia 'Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate' atau Agen Saraf VX telah digunakan dalam pembunuhan Jong-nam.
Menurutnya seorang daripada dua wanita asing yang ditahan reman itu mengalami muntah-muntah dipercayai akibat kesan bahan kimia itu.
Ditanya sama ada Siti Aisyah adalah wanita sama di dalam pasport republik itu, Andreano berkata pihak kedutaan telah membawa peralatan untuk mendapatkan cap jari wanita itu dan datanya akan dihantar ke Indonesia untuk dikenal pasti.
"Mudah-mudahan, dalam masa sehari, kita akan mendapatkan keputusan sama ada dia adalah orang yang sama di dalam pasport atau tidak," katanya.
Dalam pertemuan singkat itu, Andreano berkata Siti Aisyah memberitahunya bahawa dia tidak mahu bertemu dengan keluarganya buat sementara waktu kerana tidak mahu mereka bersedih melihat keadaannya.
"Permintaan Siti adalah agar ibu bapanya tenang dan menjaga kesihatan... (katanya) 'sampaikan kepada keluarga bahawa saya (Siti) sihat-sihat saja saat ini," kata Andreano.
Beliau berkata Siti Aisyah mendakwa tidak mengetahui plot pembunuhan Jong-nam dan ditawarkan untuk terlibat dalam satu rancangan realiti gurauan di Malaysia dengan bayaran RM400.
Menurutnya Siti Aisyah mendakwa lelaki mirip Korea dan Jepun bernama 'James' dan 'Chang' telah memintanya terlibat dalam rancangan realiti tersebut.
"Siti memberitahu bahawa beliau tidak mengetahui bahan yang digunakan adalah racun. Dia memberitahu ia adalah seperti baby oil (minyak untuk bayi)," katanya.
Beliau berkata Siti Aisyah juga memberitahu bahawa dia tidak mengenali suspek wanita Vietnam yang turut ditahan reman itu.
Ditanya tindakan selanjut pihak Kedutaan Indonesia, Andreano berkata pihaknya akan menunggu tindakan selanjut polis Malaysia sama ada mendakwa atau membebaskan Siti Aisyah apabila tempoh remannya tamat pada 1 Mac ini.
"Kami akan menunggu prosedur perundangan ini. Kami akan berbincang dengan peguam kami...banyak perkara yang harus kami bincang. Yang pasti, kami akan mematuhi undang-undang Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, kenderaan Kedutaan Vietnam juga kelihatan masuk ke perkarangan Kompleks Balai Polis Cyberjaya pada 11.30 pagi tadi dipercayai untuk bertemu seorang lagi suspek wanita dalam kes pembunuhan Jong-nam itu.
Kenderaan kedutaan itu meninggalkan kawasan balai polis itu kira-kira sejam kemudian tanpa memberi sebarang komen kepada media.
Suspek wanita itu memegang pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2017
Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Andreano Erwin menemui Siti Aisyah dari Serang, Indonesia, kira-kira 30 minit di Kompleks Balai Polis Cyberjaya di sini. -Gambar fail
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Kes bunuh Jong Nam: Kedutaan Indonesia temui Siti Aisyah
Diplomat Indonesia hari ini mendapat akses untuk bertemu suspek wanita republik itu yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.