awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama didakwa esok

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/05/2019
14:36 MYT
Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama didakwa esok
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada jam 8.30 pagi dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Foto ihsan PDRM
Suspek lelaki warganegara Nigeria, 36 tahun, yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin akan didakwa esok (Isnin).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada jam 8.30 pagi dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Selain itu, katanya dua lagi suspek, seorang wanita warganegara Nigeria dan seorang warganegara Pakistan akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.
"Dua lagi suspek wanita warga Nigeria, 35, dan lelaki warga Pakistan, 38, akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.
“Bon akan disempurnakan pada tarikh dan mahkamah yang sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
BACA: Kes bunuh ketua jururawat: Reman dua suspek disambung
BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Polis selesai siasatan, tunggu pendakwaan
Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15 Mei.
Topic Berkaitan
#302 Kanun Keseksaan
#Bon Mahkamah
#bunuh
#Cyberjaya
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor
#Ketua Jururawat Hospital Serdang
#kondominium
#Nigeria
#Pakistan
#SAC Fadzil Ahmat
#Siti Kharina Kamarudin
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan