Polis belum menerima maklumat tuntutan tebusan daripada kumpulan bersenjata yang menculik empat rakyat Malaysia di perairan Ligitan, Sabah, Jumaat petang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih mengesan sama ada penculikan berkenaan melibatkan jenayah rentas sempadan atau tidak.
"Kita masih menyiasat sekiranya penculikan itu mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.
Mengulas mengenai keselamatan di perairan Sabah, beliau berkata kawasan perairan di sempadan selatan Filipina dan pantai timur Sabah adalah tidak selamat.
Justeru, beliau mencadangkan supaya segala bentuk bantuan, hubungan perniagaan serta pembekalan barang keperluan ke Selatan Filipina dari Sabah digantung serta-merta bagi tujuan keselamatan.
Katanya, kegiatan berkenaan menyukarkan pasukan keselamatan melakukan pemantauan menyeluruh.
Kira-kira pukul 6.15 petang semalam, empat rakyat Malaysia yang bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' diculik lapan lelaki bersenjata ketika dalam pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia.
Keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.
Empat lelaki berasal dari Sibu, Sarawak itu ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johny Lau Jung Hien, 21.
Pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak semalam setelah menerima panggilan telefon daripada rakan setugas memaklumkan mengenai penculikan itu.
Salinan laporan polis itu difaksimili ke bilik gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Sabah untuk tindakan susulan dan pagi tadi, polis Sabah mengesahkan mengenai kejadian itu.
Bernama
Sat Apr 02 2016
Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih mengesan sama ada penculikan berkenaan melibatkan jenayah rentas sempadan atau tidak.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
'Malaysia mohon Filipina bantu bebas mangsa culik' - Anifah
Kerajaan telah menghubungi Filipina di dalam usaha membebaskan warga Malaysia yang diculik di perairan Ligitan, Sabah.
Kes Culik: Polis masih belum terima maklumat tuntutan tebusan - KPN
Polis belum menerima maklumat tuntutan tebusan daripada kumpulan bersenjata yang menculik empat rakyat Malaysia di perairan Ligitan, Sabah