NATIONAL
Kes dana 1MDB, ini senarai pertuduhan dihadapi Riza Aziz

Riza mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan dibacakan terhadapnya pada 5 Julai tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
Mahkamah Sesyen pada Khamis mencapai persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz.
Ia berkaitan tuduhan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Riza, 43, bagaimanapun, sebelum ini, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan berkenaan.
Berikut senarai pertuduhan yang dibacakan terhadap penerbit filem The Wolf of Wall Street itu pada 5 Julai tahun lalu.
PERTUDUHAN PERTAMA [12 April 2011 - 12 Mei 2011]
- Transaksi pemindahan wang berjumlah AS$1.173,104 dari akaun milik Good Star Limited di RBS Coutts Bank, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS milik Red Granite Productions Inc.
- Wang berkenaan didakwa hasil penyelewengan dana 1MDB.
- Transaksi pemindahan wang dari akaun Good Star Limited melalui akaun Red Granite Productions Inc. membabitkan AS$9 juta.
- Perbuatan sama membabitkan jumlah AS$133 juta dari akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura milik Red Granite Capital Ltd.
- Transaksi pemindahan wang dari akaun serupa dengan pertuduhan kes ketiga membabitkan jumlah AS$60 juta.
- Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, Singapura.
- Tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan jumlah AS$45 juta di tempat sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami