awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi di Labuan meningkat

Bernama
Bernama
05/09/2017
07:47 MYT
Kes denggi di Labuan meningkat
Semua pihak, terutama pemilik kediaman perlu memainkan peranan masing-masing bagi mencegah peningkatan kes denggi dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan aedes. - Gambar hiasan
Bilangan kes denggi di sini meningkat kepada 53 kes sejak Januari lalu namun tiada kematian dilaporkan setakat ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari hari ini.
Beliau berkata sekurang-kurangnya lima kes dilaporkan minggu pertama bulan ini melibatkan perkampungan air Kampung Patau-Patau (3 kes) dan Kampung Layang-Layang (2 kes).
"Kami sedang memantau situasi sebelum mengisytiharkan kampung terbabit sebagai kawasan wabak," katanya pada sidang media selepas Latihan Simulasi Kesihatan di Lapangan mengenai Rabies bagi Borneo Utara, di sini hari ini.
Beliau menggesa semua pihak, terutama pemilik kediaman agar memainkan peranan masing-masing bagi mencegah peningkatan kes denggi dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan aedes.
"Sekalipun diadakan kempen kesedaran dan pendidikan serta gotong-royong, masih ada kawasan yang menjadi tempat pembiakan aedes, terutama di perkampungan pelarian di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian iaitu Kampung Muslim Laut.
"Sehubungan itu, kami tiada pilihan kecuali menguatkuasakan sepenuhnya Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan mengadakan operasi dalam masa terdekat," katanya
Labuan mencatatkan 13 kes denggi sepanjang tahun lepas berbanding hanya tiga kes pada 2015.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#aedes
#denggi
#Dr Ismuni Bohari
#Kampung Layang-Layang
#Kampung Patau-Patau
#rabies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan