awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes hasut kanak-kanak : Guan Eng diambil keterangan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
01/04/2018
07:57 MYT
Kes hasut kanak-kanak : Guan Eng diambil keterangan
Dua pegawai polis berada di KOMTAR ambil keterangan Guan Eng.
Polis mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini bagi membantu siasatan kes menghasut kanak-kanak supaya membenci kerajaan ketika program perasmian pusat tuisyen percuma di Jelutong, baru-baru ini.
Dua pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hadir ke Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), kira kira jam 2 .15 petang.
Mereka kemudian mengambil keterangan Guan Eng yang ditemani peguam beliau, RSN Rayer jam 2.55 petang.
Rakaman percakapan kira- kira 40 minit itu bagi melengkapkan siasatan berhubung kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 17 Mac lepas Guan Eng menyanyikan lagu bermelodi ABC yang diubah lirik kepada GST dan berbaur politik itu ketika melancarkan Pusat Tuisyen Rakyat di Flat Mutiara Idaman 2, Jelutong.
Rakaman video berdurasi 32 saat yang menunjukkan Guan Eng menyanyikan lagu terbabit di hadapan murid sekolah itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakkannya menyelar tindakan beliau.
Susulan itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis ke atas Guan Eng kerana didakwa berpolitik menggunakan kanak-kanak ketika merasmikan sebuah pusat tuisyen di Jelutong.
Topic Berkaitan
#GST
#Kanak-kanak
#Ketua Menteri
#Lim Guan Eng
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan