awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes HFMD: 15 tadika, sekolah ditutup di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/07/2018
11:42 MYT
Kes HFMD: 15 tadika, sekolah ditutup di Pulau Pinang
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya. - Gambar Hiasan
Sebanyak 13 buah tadika, sebuah taska dan pusat jagaan kanak-kanak di Pulau Pinang ditutup sementara selama 10 hari susulan penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Wan Mansor Hamzah berkata, turut ditutup dua kelas di dua buah sekolah rendah di George Town.
Menurut Wan Mansor, sehingga hari ini, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 1,679 kes HFMD sejak Januari 2018 iaitu peningkatan sebanyak 56.47 peratus berbanding 1,073 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Daripada jumlah itu katanya, tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun yang dijangkiti virus berkenaan masih dirawat di hospital.
Sementara itu, EXCO Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Afif Bahardin berkata arahan penutupan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan pihak terbabit membersihkan premis berikutan terdapat kes HFMD.
Pada masa yang sama, Afif meminta ibu bapa memberi kerjasama dengan tidak menghantar anak-anak mereka yang dijangkiti penyakit berkenaan ke sekolah bagi mengekang penularan virus itu.
Katanya, kerajaan negeri memandang serius isu bekenaan dan berharap ibu bapa dapat mengambil cuti bagi menjalankan proses kuarantin anak-anak yang dijangkiti HFMD di rumah.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan penyakit HFMD di Pulai Pinang selepas hadir di majlis bertemu pelanggan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bukit Mertajam di sini pada Selasa.
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
Antara gejalanya ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki, serta ulser pada mulut serta lidah.
Topic Berkaitan
#ditutup
#Dr Afif Bahardin
#George Town
#HFMD
#penyakit
#Seberang Perai
#sekolah
#tadika
#tangan kaki dan mulut
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan