Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kes jemaah tabligh Sri Petaling merangkumi hampir separuh kes COVID-19 di Malaysia - Noor Hisham

Kes jemaah tabligh Sri Petaling merangkumi hampir separuh kes COVID-19 di Malaysia - Noor Hisham
Kluster dan sub kluster Sri Petaling menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 927 kes dalam siasatan (PUI) telah dikenalpasti mempunyai hubungan kait dengan perhimpunan jemaah tabligh di masjid Sri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes COVID-19 membabitkan kluster tersebut meningkat kepada 3,347 kes berbanding  2,375 kes sebelum ini.

"Ini bermakna kluster dan sub kluster Sri Petaling menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia.

"Kluster ini telah melibatkan lima generasi dan sekarang ini kita lihat kes kematian di kluster tabligh ada 33 kes bersama 0.99 peratus," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.




Tag: Dr Noor Hisham Abdullah, Noor Hisham Abdullah, kesihatan, Kementerian Kesihatan, siasatan, KKM, Malaysia, koronavirus, coronavirus, perhimpunan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.