Kes keganasan rumah tangga yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur meningkat setiap bulan iaitu sebanyak 30 peratus atau kira-kira 150 kes.
Ketua jabatan itu Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata kes-kes berkenaan dirujuk ke pusat khidmat bersepadu jabatan itu bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan.
"Setiap hari ada kes. Jika dibandingkan dahulu hanya ada 10 hingga 20 kes sahaja. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes rogol, penderaan terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat.
"Mangsa akan dibawa ke pusat khidmat bersepadu untuk rawatan lanjut," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata antara punca yang menyebabkan kes berkenaan meningkat adalah kerana masalah ekonomi dalam institusi keluarga, tekanan psikologi yang dialami pasangan suami isteri serta mekanisme menjalankan tanggungjawab dalam keluarga seperti penjagaan anak kecil.
Dr Abu Hassan berkata masalah pengaruh alkohol dan dadah juga menjadi faktor utama menyebabkan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasaan dan penderaan.
"Seperti kes rogol, antara faktor menyebabkan kes itu berlaku adalah sikap lelaki terhadap wanita; pengaruh pornografi, alkohol dan dadah, pergaulan bebas dan tanpa batasan, keruntuhan akhlak serta kurang pegangan agama," katanya.
Beliau berkata pusat khidmat bersepadu yang diwujudkan pada 1994 di bawah jabatan itu berperanan untuk memberi rawatan dan khidmat psikologi kepada mangsa dengan kaedah rawatan yang holistik.
"Kita amat menjaga kepentingan mangsa dari segi psikologi dan juga maruah pesakit dan tidak mendedahkan kepada umum lokasi rawatan dijalankan di jabatan itu bagi melindungi pesakit," katanya.
Menurutnya, pusat berkenaan turut menyediakan kaedah rawatan yang holistik dan memberikan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak polis serta unit forensik.
Bernama
Sat Jul 09 2016
Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes rogol, penderaan terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat. - Gambar hiasan
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat
Suspek memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan.
Suspek disyaki bunuh ibu bapa dan empat yang lain ditahan di Texas
Seorang suspek ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh ibu bapanya serta empat yang lain di negeri Texas Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa pada Rabu.
Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.
64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.
Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi
Selangor mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi, iaitu 4,690 kes berbanding negeri lain di seluruh negara bagi tempoh 2020 hingga Ogos 2023.
Wanita dibelasah suami gara-gara tak maklum bawa anak ke klinik
Berang isteri tidak memaklumkan untuk membawa anak mendapatkan rawatan di klinik, seorang lelaki tergamak membelasah isterinya.
Kadar jenayah di Selangor meningkat lima peratus
Antara kes yang mencatatkan peningkatan ialah jenayah seksual dalam kalangan pelajar bawah 18 tahun dan keganasan rumah tangga.
Budak tiga tahun maut ditikam di Sydney
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku di Sydney.
4 termasuk kanak-kanak maut ditembak dalam insiden keganasan rumah tangga di AS
Empat orang termasuk seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam insiden keganasan rumah tangga di Orlando, Amerika Syarikat awal pagi Ahad.
Wan Azizah lancar buku 'Pesona Personaliti'
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan buku Pesona Personaliti: Seni Mengenal Diri dan Mengubah Peribadi, karya Muna 'Izzah Fadzil, di sini.