awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kemalangan jalan raya turun lebih 62 peratus di Sarawak

Bernama
Bernama
24/03/2020
22:41 MYT
Kes kemalangan jalan raya turun lebih 62 peratus di Sarawak
Sebanyak 19 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negeri dalam sehari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac berbanding purata 51 kes sehari bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan
Kadar kemalangan jalan raya di Sarawak mencatatkan penurunan 62.2 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Rabu lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Alexson Naga Chabu.
Beliau berkata secara purata, 19 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negeri dalam sehari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac berbanding purata 51 kes sehari bagi tempoh sama tahun lepas.
"Setakat semalam, 115 kes kemalangan dicatatkan berbanding 304 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Selasa.
Alexson berkata bagi tempoh 1 Mac sehingga semalam pula, 1,081 kes kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 1,230 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Kemalangan maut pula mencatatkan 17 kes bagi tempoh itu (1 Mac hingga 23 Mac) berbanding 20 kes bagi tempoh sama tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexson Naga Chabu
#jalan raya
#kemalangan
#perintah kawalan pergerakan
#Sarawak
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan