Pihak pendakwaan hari ini menfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lalu.
Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Amir Nasruddin berkata notis rayuan itu difailkan pihaknya selepas pihaknya mendapati dan percaya terdapat merit dalam menfailkan notis itu terhadap beberapa isu.
"Pendakwaan failkan notis rayuan terhadap keputusan majistret yang melepas dan membebaskan tertuduh di akhir kes pendakwaan.
"Kita percaya terdapatnya merit pada notis rayuan yang dibuat ini terutamanya dalam beberapa isu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan mahkamah di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Superintendan Mohd Yusop Mohd Ali.
BACA: Nahas 8 remaja berbasikal: Jurujual dibebas, dilepas tuduhan memandu melulu
BACA: Lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta
Pihak pendakwaraya memfailkan notis rayuan berkenaan di kaunter Mahkamah Sesyen / Majistret di sini kira-kira 9.30 pagi.
Amir turut berkata antara isu dan merit berkaitan kes seperti soal identiti tertuduh, lokasi kejadian yang gelap dan tertuduh orang yang tidak biasa dengan laluan di lokasi terbabit.
"Majistret kata tentang identiti tertuduh itu tidak dibuktikan oleh pendakwaan, sedangkan tertuduh sendiri melalui peguam bela tidak pernah pertikai isu ini.
"Tentang dapatan menyatakan lokasi kejadian itu gelap, sedangkan kita sudah kemukakan bukti bahawa tempat itu pencahayaannya adalah cukup," katanya lagi.
Tambahnya, isu lain mengenai dapatan bahawa mana-mana orang yang tidak biasa dengan laluan dilaluinya dianggap tidak bersalah disifatkan sebagai bukan satu benda yang tepat.
Amir dalam pada itu, menafikan dakwaan bahawa notis rayuan dibuat atas desakan pihak keluarga mangsa atau pihak lain malah menyifatkan ia proses biasa terhadap sesuatu keputusan mahkamah.
"Tiada desakan mana-mana pihak dan ini adalah proses biasa. Kita failkan notis rayuan terlebih dahulu, kemudian menunggu alasan penghakiman daripada majistret.
"Selepas alasan penghakiman dikeluarkan, kita akan fail petisyen dan kemudian menunggu mahkamah untuk menetapkan tarikh bagi proses selanjutnya," katanya.
28 Oktober lalu, Majistret Siti Hajar Ali melepas dan membebaskan seorang jurujual, Sam Ke Ting, 24, daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal pada 18 Februari 2017.
--BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019
Jurujual Sam Ke Ting, 24, (kiri) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Oktober lalu, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal pada 18 Januari 2017. - Gambar fail BERNAMA
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting
Ke Ting berkata peristiwa tersebut sentiasa bermain di fikirannya malah sering tertanya-tanya mengenai kehidupan serta masa depan keluarga remaja yang terkorban akibat kemalangan itu.
Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak
Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.
Hisyam Teh ketuai pasukan peguam Sam Ke Ting dalam rayuan kes 'basikal lajak'
Hisyam Teh akan mengetuai pasukan peguam dalam rayuan Sam terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memandu melulu sehingga menyebabkab kematian remaja menunggang basikal lajak.
Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.
Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan bagi mendengar rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan kesalahan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Jun bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjaranya.
Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani
Pengurusan kes bagi rayuan Sam ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada 11 Mei.
Kes basikal lajak: Sam Ke Ting percaya kebebasan perlu dibayar dengan harga mahal
Kerani wanita, Sam Ke Ting memohon agar orang ramai tidak mempertikaikan sistem undang-undang dan kehakiman negara.
Kes basikal lajak: Sam Ke Ting dibebaskan dengan jaminan
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan Sam untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.