awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes liwat Anwar: Azmin buat tiga tuntutan dari Najib

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
24/08/2014
12:17 MYT
Kes liwat Anwar: Azmin buat tiga tuntutan dari Najib
MOHAMED AZMIN: Mahu pendakwaraya berjiwa UMNO digugurkan, gugurkan pendakwaan ke atas semua peguam Anwar dan buat siaran secara langsung perbicaraan kes liwat Anwar.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, hari ini menuntut tiga perkara dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal didengar pada Oktober ini.
“Kita tuntut bahawa pendakwaraya berjiwa UMNO digugurkan.
“Kalau benar hendakkan transformasi, gugurkan pendakwaan ke atas semua peguam Anwar termasuk N. Surendran.
“Kalau Najib berani dan jujur, buat siaran secara langsung perbicaraan itu. Biar rakyat jadi hakim,” kata Mohamed Azmin kepada lebih 5,000 perwakilan PKR yang hadir pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.
Pada 7 Mac lepas, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel tiga Hakim yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan.
Rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini.
Pada 19 Ogos, Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat kedua Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kongress PKR
#liwat
#Mohd Saiful Bukhari Azlan
#N. Surendran
#PKR
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan