awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
Cuaca panas: Paras air empangan di Johor masih terkawal - Exco
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Morais: Siasatan selesai, tiada lagi suspek diburu - Polis

Bernama
Bernama
05/10/2015
12:43 MYT
Kes Morais: Siasatan selesai, tiada lagi suspek diburu - Polis
Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept lepas. - Gambar Fail
Tiada lagi suspek diburu berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais, selepas lapan individu didakwa sebelum ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata siasatan polis terhadap kes berkenaan sudah dianggap selesai.
"Tidak perlu lagi buka kertas siasatan, semua telah selesai," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada siasatan polis terhadap kes berkenaan masih berjalan, atau kertas siasatan baharu akan dibuka.
Isnin lepas, enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.
Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas. Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept, dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Anthony Kevin Morais
#polis
#siasatan
#suspek
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan