awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Nik Raina dan Jawi diteruskan ke Mahkamah Persekutuan

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2015
08:28 MYT
Kes Nik Raina dan Jawi diteruskan ke Mahkamah Persekutuan
Kes Nik Raina melibatkan dua mahkamah berbeza semakan kehakiman dibuat di mahkamah sivil yang mencabar tindakan Jawi, manakala pendakwaan Jawi terhadapnya dibuat di mahkamah syariah. - Gambar fail
Usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk merayu keputusan mahkamah berkenaan seorang pengurus kedai buku Borders beragama Islam Nik Raina Nik Abdul Aziz berkemungkinan dilanjut ke Mahkamah Persekutuan Ogos ini.
Menurut laporan Malay Mail Online, perkara itu disahkan oleh peguam Jawi Shamsul Bolhassan yang belum menerima sebarang arahan untuk menarik balik rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan.
Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Jawi telah bertindak di luar bidang kuasanya apabila mendakwa Nik Raina.
Menurut mahkamah berkenaan, pendakwaan Jawi terhadap Nik Raina hanya ‘kerana dia seorang Islam dan tidak dapat mendakwa syarikat dan majikannya yang bukan Muslim’, sebagai tidak munasabah.
“Kami akan meneruskannya. Setakat ini, tiada arahan untuk menarik balik rayuan tersebut,” ujar Shamsul yang turut mewakili Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tersebut.
Kes Nik Raina ini melibatkan dua mahkamah berbeza – semakan kehakiman dibuat di mahkamah sivil yang mencabar tindakan Jawi, manakala pendakwaan Jawi terhadapnya dibuat di mahkamah syariah.
Topic Berkaitan
#Berjaya books
#borders
#Irshad Manji
#mahkamah
#Nik Raina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan