Kes penipuan kad pengenalan dikesan di Sabah

Kes penipuan kad pengenalan dikesan di Sabah
Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 3(1)(L) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
KOTA KINABALU: Sebanyak enam kes penipuan kad pengenalan dikesan di Sabah setakat tengah hari tadi.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din, pihaknya menerima laporan kes berkenaan yang berlaku di Tawau, Papar, Semporna dan Kudat.

"Kita ada menerima beberapa laporan kad pengenalan. Ada enam kes iaitu masing-masing dua kes di Tawau dan masing-masing satu kes di Semporna dan Kudat.

"Ia berhubung penipuan kad pengenalan orang lain untuk mengundi, iaitu apabila orang hendak datang mengundi, didapati nama mereka sudah membuang undi. Kes ini sedang kami siasat," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di SJKC Chung Hwa di sini, hari ini.

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 3(1)(L) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.