awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Kes positif COVID-19 di Menara Plaza City One meningkat

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/04/2020
09:55 MYT
Kes positif COVID-19 di Menara Plaza City One meningkat
Kawasan lain yang dikenakan PKPD tidak mencatatkan pertambahan kes COVID-19 setakat ini. Gambar fail.
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan pertambahan 11 kes positif COVID-19 di Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di kawasan ketiga dikenakan PKPD itu seramai 51 orang.
"Di Menara Plaza City One, sebanyak 1,986 sampel telah diambil dan ada pertambahan 11 kes positif, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 51 orang dengan satu kematian," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Beliau berkata, bagaimanapun, kawasan lain yang dikenakan PKPD tidak mencatatkan pertambahan kes COVID-19 setakat ini.
"Bangunan Selangor Mansion tiada pertambahan kes dan kekal 85 kes. Bangunan Malayan Mansion kekal dengan empat kes. Di Jalan Masjid India juga kekal dengan tiga kes," ujar beliau lagi.
Selain itu, beliau berkata, tiada pertambahan kes positif COVID-19 di Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam dan kawasan itu kekal dengan 183 kes.
"Kampung Sungai Lui juga kekal dengan 131 kes dan bukan Kampung Sungai Lui kekal 315 kes.
"Di Pusat Bandar Utara di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, sebanyak 4,532 sampel diambil dan setakat ini tiada kes tambahan tetapi jumlah kes positif ialah 28 kes termasuk melibatkan kematian seorang warga Myanmar," tambahnya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kuala Lumpur
#Media
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.