Skip to main content

Malaysia

Kes rasuah: Pegawai kanan TNB direman tujuh hari

41471326575_SuspekRasuahKelantan.jpg
Seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Kota Bharu direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga 22 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri.

Siasatan dijalankan mengikut seksyen 17(a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.


Suspek berusia 47 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 9 pagi di mahkamah majistret.

Semalam, suspek ditahan di pejabatnya di Kota Bharu pada jam 2 petang menerusi operasi serentak dijalankan SPRM.

Advertisement

Must Watch Video