awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes salah guna kuasa: SPRM rampas RM1 juta daripada beberapa saksi

Bernama
Bernama
11/10/2016
12:36 MYT
Kes salah guna kuasa: SPRM rampas RM1 juta daripada beberapa saksi
Sumber rapat SPRM berkata tiga daripada saksi berkenaan memulangkan wang berkenaan secara sukarela kepada SPRM semasa memberi keterangan masing-masing. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas wang tunai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
Sumber rapat SPRM berkata tiga daripada saksi berkenaan memulangkan wang berkenaan secara sukarela kepada SPRM semasa memberi keterangan masing-masing.
"Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Kesemua mereka yang dipanggil memberikan keterangan juga memberi kerjasama baik kepada SPRM dalam mengendalikan siasatan kes itu," kata sumber itu di sini, hari ini.
SPRM dijangka memanggil lebih ramai lagi saksi untuk memberi keterangan mereka berhubung siasatan ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan berkenaan.
Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka kerana didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.
Ia juga adalah kes rampasan wang tunai terbesar dalam sejarah SPRM.
Hari ini, Majistret Jessica Ombou Kakayun meluluskan permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman selama lima hari terhadap pengarah itu dan tujuh hari terhadap tiga lagi suspek termasuk timbalan pengarah itu. -Bernama
Topic Berkaitan
#projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion
#siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan