awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SPRM: Bekas pengurus projek didenda RM15,000, penjara sehari

Hilal Azmi
Hilal Azmi
09/01/2018
08:30 MYT
Kes SPRM: Bekas pengurus projek didenda RM15,000, penjara sehari
Mohd Farouk diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam. - Foto SPRM
Seorang bekas pengurus projek yang disiasat SPRM dikenakan hukuman denda sebanyak RM15,000 dan penjara sehari atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan projek naik taraf infrastruktur plaza tol bernilai RM1.98 juta antara Oktober 2014 hingga Julai 2015, di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Mohd Farouk A. Manap, 44 tahun, mengaku bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Mohd Farouk didakwa menipu Pengarah Syarikat Tirai Jitu (M) Sdn Bhd untuk mempercayai bahawa dokumen Sijil Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bernombor 100205A adalah tulen bagi mendapatkan projek menaik taraf Plaza Tol Skudai, Johor.
Perbuatan itu dilakukan antara Oktober 2014 hingga Julai 2015 di Batu Caves Centre Point,Gombak.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Firdaus Abu Hanipah.
Topic Berkaitan
#plaza tol
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan