Kes SRC Najib: Pekarangan mahkamah 'bergema' dengan jeritan 'Bossku', 'I Love You'

Kes SRC Najib: Pekarangan mahkamah 'bergema' dengan jeritan 'Bossku', 'I Love You'
Terdahulu, Najib tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 1.52 tengah hari bagi menghadiri perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, bukan sahaja mendapat liputan media bahkan turut  dipenuhi dengan kehadiran penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Antara yang mencuri perhatian adalah sekumpulan wanita Melayu berbaju merah biru yang berkumpul di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini dengan melaungkan perkataan “Bossku” dan “I Love You”.

Ketika dihampiri media, mereka memperkenalkan diri sebagai “orang Pekan”, dan percaya bahawa Ahli Parlimen Pekan itu tidak bersalah.

BACA: LAPOR LANGSUNG PERBICARAAN KES SRC NAJIB

Selain itu, turut hadir memberikan sokongan adalah penyokong kuat Najib, Datuk Lokman Noor Adam.

Terdahulu, Najib tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 1.52 tengah hari bagi menghadiri perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International.


Beliau yang berkemeja putih dan berkot biru itu turut ditemani anaknya, Norashman Najib.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dijadualkan pada jam 2.30 petang.

Setakat ini, prosiding perbicaraan sedang berlangsung di kamar Mahkamah Tinggi 3.

Tag: Najib Razak, SRC International, Mahkamah Tinggi, Lokman Noor Adam, Bossku, penyokong Najib, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.