Tutup

Kes SRC Najib: Saya diminta tinggalkan Malaysia - Suboh

Kes SRC Najib: Saya diminta tinggalkan Malaysia - Suboh
Suboh di dalam keterangannya berkata menerima panggilan telefon daripada Nik Faisal yang mendesaknya melarikan diri dari Malaysia. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Sesi pagi hari ke-33 perbicaraan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi bersambung dengan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal balas saksi ke-42, bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Datuk Suboh Md Yassin.

Suboh di dalam keterangannya memberitahu, menerima panggilan telefon daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil pada tahun 2015 yang mendesaknya untuk melarikan diri dari Malaysia.
Pada tahun sama, Suboh mendakwa menerima panggilan telefon daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberitahunya agar tidak perlu ke agensi itu untuk memberikan keterangan.

Terdahulu, Suboh memberitahu telah ke Bangkok, Abu Dhabi dan kemudian Bangkok semula sebelum pulang ke negara pada tahun 2015.
Suboh semasa di Abu Dhabi dilaporkan tinggal di Rosewood Hotel.

Suboh: Saya diminta ke Bangkok, saya pergi bersama isteri. Saya tidak tahu siapa yang bayar tiket penerbangan tetapi saya yang bayar untuk kos penginapan.

Muhammad Shafee: Adakah kamu tahu kenapa kamu kena pergi (dari Malaysia)?

Muhammad Shafee: Adakah Nik Faisal beritahu kamu sepatutnya pergi kerana sudah tandatangan cek?

Suboh: Tidak.

Suboh berkata Nik Faisal ada menghubunginya selepas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dan sekali lagi menggesa untuk melarikan diri dan mengelak daripada pihak berkuasa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram memberitahu 17 keping surat arahan yang diimbas sebelum ini sudah tiada di dalam simpanan mahkamah.

V Sithambaram juga meminta hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk mendapatkannya pembelaan untuk menjelaskan ketiadaan dokumen itu.

Muhammad Shafee pula memberitahu pihaknya mahu salinan kepada 17 dokumen itu dan memberitahu pegawai mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Muhammad Shafee meminta Suboh mengesahkan beberapa dokumen yang mengandungi kenyataan asal yang dibuatnya kepada SPRM.

Muhammad Shafee meminta Suboh memberitahu mahkamah tarikh mesyuaratnya dengan SPRM bersama dengan berapa lama setiap sesi dan pegawai yang mengambil kenyataannya.

Suboh mengesahkan telah bertemu dengan SPRM sebanyak enam kali (pada November 2015, tiga kali pada Mei 2018 dan dua kali pada Ogos 2018) dengan pegawai SPRM Raub Ghani dan Syed Muhammad Tarmizi Musa.



Tag: Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah, SRC International, SPRM, Suboh Md Yassin, Rosewood Hotel, Nik Faisal Ariff Kamil



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.