awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC: Selepas tiga jam, Najib tinggalkan Mahkamah Tinggi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/04/2019
09:28 MYT
Kes SRC: Selepas tiga jam, Najib tinggalkan Mahkamah Tinggi
Ketika keluar, Ahli Parlimen Pekan itu tenang dan hanya tersenyum tanpa memberi sebarang respons kepada pihak media. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Selepas hampir tiga jam mengikut perbicaraan, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya keluar meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kira-kira jam 5.40 petang.
Najib, 65, diiringi ketat oleh anggota polis dan penyokong-penyokong beliau sebelum menaiki kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam.
Ketika keluar, Ahli Parlimen Pekan itu tenang dan hanya tersenyum tanpa memberi sebarang respon kepada pihak media.
Kepulangan bekas Perdana Menteri itu turut diiringi laungan “Malu Apa Bossku” oleh penyokong-penyokong beliau, yang hadir di mahkamah seawal jam 1 petang tadi.
Sebelum itu, Najib hadir sekitar jam 1.52 petang bersama penyokong beliau di mahkamah.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perbicaraan kes SRC Najib
Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap tujuh pertuduhan merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.
Beliau dituduh membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SCR International Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pekan
#BossKuatDuta
#Najib Razak
#NajibatDuta
#Perdana Menteri
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan