awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tetak di rumah kebun sawit: Dua suspek ditahan

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
23/09/2019
22:23 MYT
Kes tetak di rumah kebun sawit: Dua suspek ditahan
Mangsa ditemui mati dengan kesan tetakan di seluruh badan di sebuah rumah kebun sawit di Batu 10, Sandakan. - Foto PDRM
Dua lelaki warga asing berumur 27 dan 50 tahun ditahan pada Isnin, dipercayai terlibat kes bunuh seorang lelaki berumur 38 tahun, di sebuah rumah kebun sawit, di Batu 10, di sini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata, mangsa ditemui mati di rumah itu dengan kesan tetakan di seluruh badan.
Mangsa yang tinggal berseorangan di rumahnya, ditemui mati oleh majikannya pada pagi hari yang sama dan terus menghubungi pihak polis.
Hasil siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dibunuh dengan menggunakan senjata tajam.
Kedua dua suspek ditahan di sebuah rumah yang juga berhampiran dengan rumah mangsa.
Sewaktu ditangkap, polis turut menemui dan merampas sebilah senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#bunuh
#kebun sawit
#majikan
#mangsa
#mati
#Mohd Azhar Hamin
#polis
#reman
#rumah
#Sandakan
#senjata tajam
#siasatan
#suspek
#Tetak
#tinggal berseorangan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan