Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan tiga penjawat awam, dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' yang ditahan 15 Ogos lalu.
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Abdul Samat Kasah berkata ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
"Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Lepas bukan bermakna siasatan dah habis kerana kertas siasatan terhadap kes mereka kini masih dilengkapkan sebelum ia diserahkan kepada pihak peguam negara untuk tindakan lanjut.
"Kes ini agak mengambil masa kerana ia melibatkan jumlah harta disita puluhan juta ringgit," katanya kepada Bernama, di sini.
Tiga lelaki berkenaan yang berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditahan dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
'Datuk Seri' berumur 54 tahun dari DBKL dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM300,000 pada 27 Ogos setelah ditahan pada 3.07 petang 15 Ogos lalu di pejabatnya di bangunan DBKL.
Datuk dari JKR Melaka berumur 56 tahun dibebaskan dengan jaminan RM300,000 pada 25 Ogos lalu.
Pegawai kanan TNB berumur 47 tahun di Kelantan dibebaskan pada 28 Ogos dengan jaminan RM300,000.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata susulan penahanan tiga lelaki itu pada 15 Ogos lalu, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang.
Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram.
Operasi berkenaan dibuat selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kepada Bernama baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Bernama
Mon Aug 29 2016
Salah seorang pegawai kanan jabatan kerajaan di Melaka dibawa ke Mahkamah Majistret pada 16 Ogos untuk ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah. fotoBERNAMA/Fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
SPRM lancar 'KEJAR 17'
SPRM sebagai inisiatif menggalakkan masyarakat memerangi dan membenci jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
SPRM perkenal elemen integriti dan pencegahan rasuah dalam kurikulum IPT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkenalkan modul integriti dan pencegahan rasuah dalam kurikulum pendidikan di IPT.
Kes tiga pegawai kanan kerajaan: SPRM siapkan kertas siasatan
Ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.