Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 27 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat bersama tiga pengikutnya yang dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malek.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khamizah Salleh mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk membicarakan serentak kes bunuh dan bersubahat membunuh.