Kempen Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut dikatakan menjadi penanda aras kempen berbentuk politik baru di Malaysia.

Kesederhanaan berpolitik menyaksikan suasana yang rata-ratanya harmoni dan tenang sempena menghormati Ramadan yang mulia.

Namun tinjauan Astro Awani di peringkat akar umbi mendapati ia juga sebenarnya refleksi nilai keakraban masyarakat Kuala Besut.

Mengikut perangkaan Jabatan Statistik pada 2010 hanya terdapat 62 penduduk keturunan Cina di Kuala Besut daripada 16,337 penduduk yang majoriti besarnya kaum Melayu.

Walaupun jumlah mereka begitu kecil, komuniti Cina di sini tidak tersisih daripada pembangunan dan keterangkuman dalam masyarakat.

Penduduk kuala besut walaupun daripada golongan minoriti kecil jelas selesa dengan keharmonian masyarakat mereka.

Klik video bagi mengikuti temubual Editor Eksekutif Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron bersama seorang peniaga di Kuala Besut, Wee Ew Ha.