awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Keselamatan Sabah tiada kaitan dengan pembelian jet' - Najib

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2015
09:00 MYT
'Keselamatan Sabah tiada kaitan dengan pembelian jet' - Najib
Perdana Menteri dalam blognya hari ini berkata bahawa isu keselamatan Sabah tiada kaitan dengan pembelian sebuah jet rasmi oleh kerajaan. - Fambar Fail
Perdana Menteri dalam blognya hari ini berkata bahawa isu keselamatan Sabah tiada kaitan dengan pembelian sebuah jet rasmi oleh kerajaan dan juga tidak ada pelencongan atau pengurangan dalam dana keselamatan Sabah untuk membeli jet itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak pada segmen FAQ dalam laman blognya berkata, dia hairan dengan kenyataan itu dan menyatakan bahawa keselamatan Malaysia adalah kepentingan paling utama beliau, yang membawa kepada kewujudan ESSCOM untuk menjamin sempadan Sabah.
Najib menjelaskan bahawa ESSCOM terdiri daripada dua komponen, yang mana komponen pertama meletakkan keselamatan dan pengurusan pertahanan sebagai keutamaan dan satu lagi komponen untuk mengendalikan penguatkuasaan dan tindakan awam.
Tambahnya walaupun ESSCOM boleh dianggap berjaya dalam memastikan keselamatan ESSZone yang membabitkan 10 daerah di timur Sabah seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, kes penculikan masih menjadi ancaman satu keselamatan.
Beliau menjelaskan bahawa situasi ini rumit kerana isu pemberontakan di Selatan Filipina dan sempadan maritim yang luas.
Najib turut memberi penghargaan kepada semua yang terlibat dan mengorbankan nyawa mereka untuk melindungi dan mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau menjawab soalan dalam blognya, Najib.com, berkaitan dengan pembelian sebuah jet rasmi. Soalannya berbunyi:
"Negara ini telah diserang berulang kali oleh pengganas yang membunuh anggota polis dan tentera kita. Adakah ini situasi biasa atau masalah keselamatan? Jika kita menjaga keselamatan mengapa kita membeli jet peribadi mewah?"
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#ESSCom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan