Iman, satu satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di Malaysia dan sedang bergelut dengan penyakit tumor dalam rahim, menunjukkan kesihatan yang bertambah baik sedikit pada Jumaat walaupun keadaannya masih lagi serius.
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga, walaupun Iman berupaya makan dan minum lebih banyak pada Khamis, haiwan itu masih perlu makan dan minum lebih banyak lagi bagi memulihkan tenaganya.
"Ia terbaring dari 11 malam tadi (Khamis) hingga kira-kira 6 pagi ini (Jumaat). Ia makan 200 gram daun sekitar 7.30 pagi dan minum air kosong serta air yang dicampur dengan vitamin dan mineral.
"Ia berjalan dan berdiri di tempatnya bermalam serta sekali-sekala duduk bertopangkan sternumnya. Pada sebelah petang, ia makan 1.5 kg daun dan minum air," kata Tuuga dalam kenyataan di sini.
BACA: Makin sakit, nasib badak sumbu betina terakhir di Malaysia jadi tanda tanya
Beliau berkata veterinawan yang menjaga haiwan itu di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memberi infusi ubat dan suplemen sebanyak 11 liter serta antibiotik, ubat tahan sakit, Vitamin K, Ranitidine bagi mengurangkan asid gastrik dan Diazepam bagi merangsang seleranya.
Menurut beliau, pendarahan masih berlaku, tetapi kurang berbanding semalam dan haiwan itu masih belum mengeluarkan bunyi.
"Kami perlu menilai keadaannya setiap hari. Kami harap esok akan lebih baik daripada hari ini," katanya.
Iman dikesan menghidap tumor 'uterine leiomyoma' apabila ia mula mengalami pendarahan pada 14 Dis.
Haiwan itu adalah satu-satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di negara ini setelah kematian Puntung kira-kira enam bulan lepas akibat barah. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 22 2017
Walaupun menunjukkan kesihatan yang baik sedikit berbanding beberapa hari lalu, nasib Iman masih menjadi tanda tanya. - www.borneorhinoalliance.org
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Peningkatan pemburuan haram badak sumbu, NGO bantu biak 2,000 ekor
Badak sumbu sentiasa disasarkan untuk tanduknya yang mendapat permintaan di Asia Timur untuk ubat-ubatan tradisional dan perhiasan.
Dilahirkan di Prague, anak badak sumbu diabadikan dengan nama ibu negara Ukraine
Pengarah zoo berkenaan memberitahu pemilihan nama itu adalah sebagai tanda menyokong perjuangan Ukraine.
2,500 tanduk badak sumbu dibakar sempena Hari Badak Sumbu Sedunia
Tindakan tersebut dilakukan bagi memberi mesej yang jelas bahawa kerajaan tempatan menentang keras kegiatan pemburuan haram.
Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan
Ralph Wee Yi Kai, 19, dituduh melakukan kesalahan jenayah dan vandalisme, serta dua tuduhan melakukan perbuatan nakal.
Pemburu badak sumbu kembali mengancam selepas Afrika Selatan longgar sekatan
Pada 2020, 394 badak sumbu menjadi mangsa, iaitu 30 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Jumlah kes itu juga yang terendah sejak 2011.
Botswana siasat kematian misteri 154 ekor gajah
Apa yang menjadi misteri adalah, bangkai gajah ditemukan dalam keadaan baik, tanpa sebarang kesan menunjukkan ia telah diburu.
Bagaimana kepupusan badak sumbu Sumatera boleh mengundang bencana?
Kepupusan yang melanda spesies dengan nama saintifik Dicerorhinus sumatrensis itu juga merupakan contoh jelas tentang kesan perbuatan manusia.
Kematian Tam seharusnya memberi peringatan
Pengarah Konservasi Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Dr Henry Chan berkata kematian Tam pada Isnin menunjukkan bahawa spesies yang terancam boleh pupus dalam kehidupan kita.
Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
Bedah siasat dijalankan oleh doktor haiwan Dr Zainal Zahari Zainuddin dan pasukannya dari Perikatan Rhino Borneo beberapa jam selepas kematian Tam pada tengah hari semalam.
Malindi anak badak sumbu yang mencuit hati
Seekor anak badak sumbu Malindi, yang lahir seminggu lalu di Zoo Chester, United Kingdom dilihat bermain di kawasan terbuka pada Rabu.