awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis rakam keterangan pengasas, pemilik cawangan taska tular
Kebakaran Putra Heights: Bantuan sewa rumah sementara fasa empat diteruskan
Ibu Syamsul Haris dibenar tarik balik notis usul laporan bedah siasat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan mental penting untuk capai Revolusi Industri 4.0

Bernama
Bernama
31/10/2019
21:35 MYT
Kesihatan mental penting untuk capai Revolusi Industri 4.0
Kesihatan mental yang baik, mampu membantu seseorang individu menampung tekanan di tempat kerja. - Gambar hiasan
Untuk mencapai kemajuan dalam era Revolusi Industri 4.0, (IR 4.0), kesihatan mental yang baik untuk semua perlu diberi penekanan, terutama di tempat kerja, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.
Katanya, kesihatan mental yang baik, mampu membantu seseorang individu menampung tekanan di tempat kerja.
"Tempat kerja harus menjadi tumpuan dalam menguruskan isu-isu kesihatan mental serta menangani aspek-aspek lain dalam kerja, yang bertujuan mengurangkan ketidakhadiran dan meningkatkan produktiviti," katanya di majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Psikologi, Kaunseling dan Pendidikan (ICPCE) Kali Kedua, di Universiti Malaysia Sabah, pada Khamis.
Persidangan tiga hari itu bertujuan memudahkan kolaborasi penyelidikan dan rangkaian profesional dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan dalam kalangan pakar psikologi, kaunselor, pendidik, pengamal kerja sosial dan penyelidik.
Yusof berkata secara umum, kesihatan mental telah mendapat perhatian dari golongan profesional, penyelidik dan orang ramai dan penyakit tersebut boleh menyebabkan kerugian kepada ekonomi dalam pelbagai peringkat termasuk individu, keluarga, organisasi dan juga di peringkat kebangsaan.
Sementara itu Pengerusi ICPCE, Dennis Relojo-Howell berkata persidangan yang bertujuan untuk melihat penyelidikan dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan disertai perwakilan dari Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Filipina, United Kingdom dan Malaysia yang akan membincangkan isu-isu dalam ketiga-tiga bidang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ICPCE
#IR 4 0
#kaunseling
#kesihatan mental
#pendidikan
#produktiviti
#psikologi
#revolusi industri 4 0
#tekanan
#tempat kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan